Pages

17 November 2015

Kebaikan Buah Durian Belanda

Pembunuh semulajadi yang 10 kali lebih kuat daripada kemoterapi ini sangat berguna dalam mengubati penyakit yang berkaitan dengan kanser. Sebanyak enam institusi telah melakukan penyelidikan terhadap buah ini iaitu Institut Sains Kesihatan Amerika, The National Cancer Institute, Catholic University Korean Selatan dan The Journal of Natural Product. Kesemua intitusi ini bersetuju bahawa durian belanda mempunyai banyak manfaat dalam bidang kesihatan. Hal ini kerana, selain dapat merawat kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan , stress, dan membantu dalam menstabilkan sistem saraf. 


Nama sainstifik: Annona Muricata L 
Durian Belanda adalah spesis pohon Graviola yang berasal dari Hutan Tropika Carribean. Juga dipanggil Soursop, dan Sirsak. Durian belanda yang membiak melalui keratan batang dan biji benih ini mempunyai tiga kelopak bunga yang akan bertukar warna dari hijau ke warna kekuningan apabila ia mekar.

Isi durian belanda berwarna putih dan mempunyai biji berwarna hitam yang banyak. Biji berwarna hitam ini dilindungi oleh cengkerang biji yang sangat keras. Buah ini mempunyai duri di kulitnya,namun begitu duri tersebut adalah sangat lembut. Rasanya adalah masam-masam manis.


1 comment: